sayang,
pagi ini aku terima pesanan dari kau. sayu aku membaca setiap kata yang engkau berikan.
aku harap kau tabah menghadapi apa yang berlaku.
mmg sukar bagi kau nak terima apa yang berlaku.
aku masih ingat, saat kau datang dan bercerita tentang abah pada aku.
kau sering berkata abah tidak mempedulikan kau.
abah selalu marah kan kau. abah itu, abah ini.
sampai satu mase, kau bagi tau aku abah masuk hospital.
abah ada sejenis cancer, seingat aku.
mmg abah tak rapat dengan kau. tapi riak muka kau menceritakan semua.
kau risau dan tidak mahu kehilangan abah.
tapi percayalah. DIA lebih sayangkan abah.
jangan menangis sayang. aku tak mampu pergi pada kau.
aku hanya mampu bagi sedikit semangat kepada kau yang sudah berderai.
kuatkan hatimu. aku tau kau boleh.
kau pernah berkata, kau kena bersedia untuk kehilangan abah.
selama mane pun kau tau tentang penyakit abah, aku tau kau tak pernah bersedia untuk melepaskan abah.
insan yang telah mendidik kau dan memimpin kau dari kecil.
yang telah melaungkan azan ke telinga kau saat kau masih berdarah.
yang selalu mendorong kau untuk jadi insan yang berguna.
hari ini hati aku juga turut sayu bersimpati pada kau.
aku tau tidak mudah menerima kehilangan.
jika aku di tempat kau juga, aku akan meratapi kehilangan abah.
aku merasai kepahitan yang kau rasa.
cuma aku tidak berada di tempat kau.
jika bercerita tentang abah, kau akan diam.
aku tau kau sebak. aku tau kau rindukan abah.
kau kuatkan diri dan tidak menangis.
tapi di saat rase rindu menyerbu, kau menitiskan air mata seorang diri.
ingatlah sayang. kau bukan seorang.
kau masih ada aku.
masih ada yang lainnya. berkongsi lah apa yang kau rasa.
jangan kau mendiam diri.
mungkin ada yang mentertawakan kau saat kau susah.
tapi bukan aku.
aku akan sentiasa ada untuk kau sandarkan bahu.
untuk kau bercerita tentang abah. tentang saat-2 susah dalam hidup kau.
sebak dada ku sayang.
kerna melihat kau sedih juga membuat aku rase perih.
kau insan penting dalam hidup aku.
dan aku mahu kau tahu aku selalu ada untuk kau.
macam selalu.
kejarlah cita-cita kau sayang.
walaupun abah sudah tiada, abah mesti mahu kau mencapainya.
abah akan gembira.
doakan lah abah berada di kalangan insan yang soleh.
semoga roh abah dicucuri rahmat.
walau kau dengan abah tak sebulu.
aku tahu abah tahu kau sayangkan abah lebih dari segalanya.
P/S : 11 june 2011 - Salam, abah dah kembali ke rahmatullah pada jam 1.55 pagi tadi. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah saya. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang yang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah. Amin. Al-Fatihah. Tolong war-2 kan pada kawan yang lain. TQ. Syera @ bb
kau kata : Goodnight abah. Bb nak tido dah. Bb rindu sangat abah. Moga abah tenang di sana. Assalamualaikum. Al Fatihah.
al-fatihah
ReplyDelete