Sejak kehilangan abah.
Lama aku tak menangis kerana perkara dunia.
Aku lupa bila kali terakhir.
Bila ada masalah.
Aku diam. Aku biar.
Tapi aku tak menangis.
Sebab aku kena kuat. Sebab aku kena tabah.
Dunia memang sukar kalau kita lemah.
Aku jalani tanpa air mata.
Susah senang suka duka aku lalui.
Seperti biasa.
Sampai satu tahap.
Aku rasa aku kuat kerna berjaya tidak menangis.
Ternyata salah.
Aku lemah kerana tidak menangis.
Malam ini air mata itu jatuh.
Jatuh membasahi.
Aku simpan aku pendam sampai jadi kudis.
Aku tak luahkan apa yang aku rasa.
Sebab bagi aku.
Tiada guna aku kongsi rasa sakit ini.
Sebab semua orang mempunyai masalah.
Yang berbeza tapi mereka tetap punya.
Angin.
Aku ada angin aku sendiri.
Dan kadang angin aku tu.
Buat aku rasa.
I deserve nobody.
No comments:
Post a Comment