Saturday, August 9, 2014

Kehidupan dunia.

When we look to who we were back to few years in reverse.
We will realized. We are so funny.
Even we don't notice. Hahahahahha.

A lot of sense of humor.

Those feelings.
Same goes with me.
Merepek merapu je dulu.
Alahhh takyah sembang banyak. 
Sekarang pun same je.
Tunggu je lahh lepas 2,3 tahun mase aku bace entry nie pulak.

Kadang terfikir. Itu aku ke yang tulis benda bodoh tu?
Haha tapi itu lah kehidupan.
Kau takkan perasan apa yang kau tengah lalui.
Dan apa yang kau rase yang mendorong kepada perbuatan dan perkataan kau.

Dan hidup.
Dah mendorong kau untuk jadi lebih matang.
Disertai dengan tanggungjawab yang makin mencekik.

Asal bisa tegar biasa.

Itulah kehidupan aku sekarang.
Kalau dulu aku lebih banyak merungut jika aku susah.
Sekarang aku dah belajar macam mana cara untuk menerima.
Dan aku dah mula terbiase dengan dunia yang sedia kejam nie.
Dah adapt dengan persekitaran aku.

"Kalau kita redha dengan apa yang terjadi dan telah diperancangkan olehNya, Dia akan beri kita dengan sesuatu yang tak terjangka"

InsyaAllah aku menanti sesuatu itu. Dan juga seseorang.
Masih menanti.

Tapi.
Kalau kau bace apapun yang aku coretkan dahulu.
Di masa lalu aku.
Jangan pulak kau menilai aku mendadak.
Itu mase jahil aku.
Masa muda aku yang zero.
Bukan aku yang sekarang.
Manusia sentiasa berubah. Sentiasa.

Dan aku takkan selalu lekat dengan blog nie macam aku yang dulu.
Tapi aku jugak takkan lenyapkan ia.
Sebab ini antara kenangan.
Kenangan ketidakmatangan aku dahulu.

Dan ada jugak.
Benda yang mengembalikan nostalgia.
Tentang siapa aku.
Dan orang-orang yang pernah penting dalam hidup aku.
Atau masih.

Dulu. 
Aku ada buat entry untuk kawan aku bila dia kehilangan abah dia.
Tapi sekarang.
Bila aku bace balik.
Aku anggap apa nasihat aku pada dia.
Aku tujukan untuk diri aku sendiri.
Selepas lebih setahun abah dah pergi tinggalkan kami semua.

Dan semua tu.
Aku jadikan pedoman.
Pedoman hidup untuk aku tetap terus melangkah.
Berusaha menjadi insan yang lebih baik.
Dan sentiasa.
Besyukur dengan apa yang telah aku miliki.
Kekuatan aku sejak dulu.

KELUARGA.