Sunday, May 15, 2011

Untuk orang menunggu


Ada satu perkara ini yang dibuat tanpa disedari, iaitu menunggu. Menunggu ini seperti berjudi. Kira, kalau ok, jalan. Kalau tak ok, terpaksa biarkan sahaja. Itu maksud menunggu. Atau lebih tepat lagi, menunggu orang kita mahu, bukan menunggu air masak atau pon menunggu bus.

Dalam proses penungguan ini, perlulah kau untuk menahan rasa sakit hati, tidak boleh marah, tidak boleh biar sahaja sebab nanti takut lari, perlu banyak sabar. Paling penting, perlu asli. Hati yang betul-betul asli. Tidak berbelah bahagi.

Kita tunggu, kerana kita rasa berbaloi. Benda berbaloi selalunya memang payah mahu dapat kan? Tapi bila dapat, kita mahu jaga betul-betul. Itu kira macam habuan lah atas sebab menunggu.

Tapi perlu tahu, orang yang ditunggu tidak boleh tahu, sebab nanti dia tahu ada orang yang sentiasa tunggu dia, jadi dia akan macam sambil lewa. Tanpa fikir apa-apa. Buat sahaja ikut suka hati mak bapak beliau. Jadi lebih memeritkan orang yang menunggu.

Tapi kalau kau tunggu, dan akhirnya datang-datang balik, masa itu kena terima. Apa sahaja sudah jadi, tangan sudah hilang ke, kaki sudah kudung ke, rambut sudah botak ka, atau buah dada menjadi kecil. Itu semua kau kena terima.

Sebab konon kata hati kau hati asli kan? Jadi bila apa-apa jadi, terima sahaja.

Ia bukan menjadi bodoh, tapi cuma terlampau asli.


sumber dari Liyana
dia curi dari Akukopi
aku pula paste ;) haha

No comments:

Post a Comment