Friday, June 24, 2011

Family. Precious Abah and Mama.


P/S : sila sediakan tisu pada sesiapa yang sensitif :)

family.
most invaluable diamond we have.
most perfect things happen.
most important.
most of everything.



siapa yang masakkan makanan yang kita suka?
siapa yang tahu keinginan kita?
siapa yang peluk erat-2 bila rindu kan kita?
siapa yang tak geli basuh berak kita ?
siapa yang tak mengeluh sediakan keperluan sekolah kita?
siapa yang paham bila kita tak lulus exam?
siapa yang tolong mintak kebenaran bila kita nak kuar?
siapa yang menitis air mata bila hantar kita belajar?
siapa yang hari-2 kejut suruh bangun solat?
siapa yang basuhkan bila miowww creeettt?
siapa yang senyum bila kita ketawa?
siapa yang sokong bila kita masuk tournament?

saya harap satu hari nanti.
saya boleh jadi macam mama.
mama yang paham anak-2.
yang sentiasa cuba yang terbaik.
mendidik sejak hari pertama kita menangis.
selalu menangis gembira.
yang sayangkan anak-2 dengan adil.
yang menolong anak-2 bila susah.
yang berleter tentang kehidupan.
yang memberi tunjuk ajar.
walau kurang ilmu di dada.
berusaha menjadi mama yang terbaik.
yes, u're the best!!
i admit.




siapa hero dalam hidup kita?
siapa yang ego dan mengarah sesuatu?
siapa yang tersenyum bangga bila kita berjaya?
siapa yang berusaha memajukan keluarga?
siapa yang sibuk bercerita pada orang bila kita mula pandai menyebut ''abah''?
siapa yang memeluk erat saat kita sedih?
siapa yang menahan penat saat mendukung kita?
siapa yang gembira bila kita mengurut memahami kepenatan?
siapa yang memukul untuk mengajar?
siapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak-2?
siapa yang meninggi suara supaya kita bersopan?
siapa yang memahami waktu susah kita?
yang bercerita tentang pahit manis kehidupan?
mengajar erti kesabaran.

saya pandang tinggi pada abah.
insan yang teristimewa.
yang garang mendidik.
tapi hakikatnya sangat mulia.
sangat tanggungjawab.
menitikkan peluh utk ke arah yang lebih baik.
yang sayang dalam diam.
yang keras dalam lembut.
insan yang paling memberi inspirasi.
jangan mengalah untuk hidup.
walau didikan yang abah dapat tak tinggi.
tapi sentiasa mahu anak-2 jadi insan yang educated.
menjadi insan berguna.

persoalan nya.
kenapa anak-2 perlu berkira?
perlu mengeluh?
mengungkit?
mempertikaikan?

sebagai anak, kita harus sanjung insan seperti mereka.
yang tak mengenal erti lelah dan berusaha untuk kita.
tak salah kita menghulur walau sedikit.

walau mereka mampu dan tidak memerlukan.
hanya untuk menyenangkan hati.
rezeki takkan ke mana.
jasa yang mereka tabur, tak ternilai dengan wang ringgit.
US dollar sekalipun.
kasih sayang yang mereka curahkan tak boleh dihitung dengan nilai.

tak salah kita menjadi anak yang mendengar kata.
menghulur masa yang ada untuk meluangkan masa.
menjadi peneman bila diperlukan.
selama kita hidup, setiap hari mereka setia menjadi teman.
kita menangis, gelak tertawa, jatuh.
mereka tak berkira, walhal tersenyum gembira melihat gelagat.

tak salah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka.
doakan kesihatan dan kebahagiaan.
seperti mereka sentiasa mencurah doa ke Illahi.
meminta kita di beri perlindungan.
merisaukan kehidupan kejam yang bakal kita harungi.
melindungi dan menjaga.

tak salah kalau kita menyayangi.
menunjukkan kasih sayang kita pada mereka.
memeluk, mencium, meluahkan rasa.
kerna mereka sentiasa tak malu menunjukkan kasih sayang mereka.
memegang erat tangan kecil kita.
mengajar kita bertatih.
tanpa jemu menunggu.

tak salah kan kalau saya meluahkan apa yang saya rasa.
saya sayang mama and abah saya.
sayang yang tak terhingga.
mungkin saya tak sentiasa meluahkan.
tapi saya sentiasa tunjuk melalui cara yang berbeza.
saya sayang mereka sangat-2.
dan saya tak pernah dapat meneka apa yang terjadi pada saya.
andai satu hari DIA menarik keindahan dalam hidup saya.
keindahan yang saya miliki sejak azali.
sejak termetrai perjanjian saya dengan DIA.
sejak saya keluar dari rahim mama.
sejak abah melaungkan azan merdu di telinga halus saya.
saya harap saya memiliki keindahan itu.
selama mana yang boleh.

saya akan berusaha jadi yang terbaik untuk mereka.
seperti mereka buat sepanjang membesarkan saya.
saya bersyukur memiliki mama dan abah saya.
mereka sangat special.
satu anugerah terindah dalam hidup saya :)


1 comment: