Tuesday, September 30, 2014

Sejenak

Hari ini.
Di saat cahaya mula menerangi pagi.
Burung berkicauan keluar mencari rezeki.
Aku menapak perlahan dengan langkah yang lemah.
Menuju ke pantai.

Melaksanakan rutin di pagi hari.
Menghirup udara segar. Dan angin yang nyaman.
Melepaskan keluh kesah di hati yang gundah.

Selangkah aku menapak untuk memulakan larianku.
Setitik hujan menitik mengenai mukaku.

Aku terkesima.
Dan dongak memandang ke langit.
Subhanallah. Hajatku termakbul.
Hujan merintik membasahi bumi.

Aku tersenyum.
Dan meneruskan larianku. Dengan hati yang berbunga gembira.
Sepanjang aku memenuhi matlamatku.
Aku berfikir panjang. Serta memuhasabahkan diri.
Betapa aku bersyukur.
Akan rahmat di pagi hari ini.
Membasahi hatiku yang sekian lama kemarau.

Aku menjiwai alam semulajadi.
Usai matlamatku tercapai.
Aku melangkah membawa kakiku pergi.
Menuju ke pasir yang masih selang berbintik.
Dihempas hujan yang semakin meriah membasahi.
Setapak demi setapak menuju ke gigi air.
Air laut yang sedang elok pasang pagi ku jejaki.

Dinginnya air ini.
Damainya suasana ini.
Indahnya dunia ciptaan Illahi.

Ku biarkan saja alam semulajadi menakhluki jiwa aku pada pagi ini.
Maafkan aku, Ya Allah.
Kerana telah lalai dengan jiwa yang menguasai.
Menjadi hamba nafsu dan duniawi.
Hingga terlupa kebesaranMu.
Yang tiada galang ganti.
Terima kasih atas rahmatMu.
Masih memberiku peluang untuk merasai semua ini.

Saat aku berdiri tegak melangkah.
Ke dalam air yang kini memenuhi paras lutut kakiku.
Sempat ku merenung sekeliling.
Sungguh jauh pandangan lautan ini.
Seolah tidak berpenghujung.

Ku menoleh kearah kananku.
Gunung seakan melambai membawaku ke puncak tertinggi.
Matahari sedang terbit cantik.
Menerangi pagi yang sempurna.
Ku pejam mata dan menikmati saat itu. Seketika.

Lantas ku menoleh ke sebelah kiriku.
Subhanallah.
Indahnya pelangi itu.
Menjelma di antara pertembungan hujan renyai dan matahari terbit.

Tanpa sedar.
Setitik air jernih jatuh ke pipiku.
Terasa hangat.
Sehangat hatiku saat ini.
Aku terharu.
Seolah aku diberi peluang.
Untuk menikmati keindahanNya. Secara berganda.
Terima kasih, PenciptaKu.

Sebutir pasir yang sungguh halus dan berseni.
Terlihat indah bersama butiran pasir yang lain.
Yang tidak terhitung bilangannya.
Anugerah Illahi.
Dan aku masih berdiri di sini.
Menggerakkan jari jemari kakiku.

Syukur.
Ku menarik nafasku dalam.
Menghempaskan badan ke dalam air yang dingin.
Menerapungkan diri di permukaan.

Ku buka kelopak mata ku perlahan.
Lapangnya langit biru itu.
Terang dan menyenangkan.
Seakan lukisan yang dicipta.
Diukir oleh tangan seni.
Bertambah indah apabila awan putih turut sama mewarnai.
Bercampur aduk seolah saling melengkapi.

Sekali lagi senyuman terukir.
Hati berbunga indah.
Burung berkicauan meriuhkan rasa.
Tenang dan selesa.
Dihayun ombak yang kadang kala menampar pipiku.

Begitu juga kehidupan manusia.
Saat tiada ombak. Kita tenang menikmati pemandangan indah.
Di kala dihayun ombak.
Tumpuan dan fikiran kita beralih arah.
Dari pemandangan kepada ombak yang mendatang.
Memikirkan bagaimana.
Untuk kekal terapung tanpa hanyut dibawa ombak.

Di saat aku berfikir.
Datang pula ombak yang lebih besar.
Mengganggu konsentrasiku.
Kali ini ia mengenai mukaku.
Membuatku sukar untuk bernafas.
Anggota tangan dan kakiku.
Menghantar isyarat kepada otak.
Supaya memberi tindak balas refleks. Dengan kadar segera.

Agar aku menjejaki pasir dan menahan diriku.
Agar aku tidak tenggelam.
Agar aku tidak panik.

Kemudian.
Apabila aku sudah bisa mengharungi kesan yang dibawa oleh ombak itu.
Aku kembali stabil.
Memulakan langkah untuk terapung kembali.

Dari permulaan.
Meringankan badan.
Mendepakan kedua belah tangan.
Mengapungkan keseluruhan anggota badanku.

Kerana.
Aku masih ingin merasai hangatnya mentari pagi.
Merenung lembut langit biru.
Menikmati pelangi indah.

Tidakkah aku menyedari.
Keindahan itu sentiasa ada.
Cuma.
Aku yang berpaling.
Untuk mengharungi dugaan yang tiba.
Ianya tetap ada. Di situ.
Tidak berganjak. Tidak seperti aku.

Membuatkan aku berfikir.
Mengapa aku perlu mengikut arus orang lain.
Sedangkan setiap ombak yang tiba. Tidak semestinya sama.
Walau kita semua di lautan yang serupa.

Betapa indahnya pagi ini.
Buih yang terhasil dari ombak seolah turut bersetuju.
Aku belajar memahami bahasa alam.

Aku dibuai ombak.
Dan aku masih berfikir tentang kehidupan.
Di saat aku terapung kebasahan.
Perlahan. Aku menenggelamkan mukaku.
Jauh ke dasar.

Aku membuka mata.  Keruhnya air ini.
Terdetik di hati. Pasti ada saat di mana ia lebih keruh dari sekarang.
Dan semestinya ada saat di mana ia jernih.
Bak mutiara.

Masih seperti kehidupan manusia.
Bukankah kita sudah tahu.
Untuk menjernihkan air yang keruh itu memerlukan masa yang lama.
Jadi jika kita bersabar.
Tidak mustahil kita akan dapat melihat hasilnya.

Mungkin lebih indah dari yang kita bayangkan.
Butiran pasir seakan bersinar.
Di saat cahaya matahari memancar tepat.
Air yang jernih dan tenang tanpa badai.
Hanya ombak yang membuai perlahan.
Angin sepoi-sepoi bahasa. Menyamankan.
Dan pemandangan hebat seperti yang ku lihat saat ini.

Titik-titik air dari langit.
Semakin lebat dan memenuhi pantai ini.
Aku menadah tangan menikmati.
Mendongak muka membiarkan ia membasahi.

Jauh di pandanganku.
Terlihat ombak menghanyutkan sampah ke gigi air.
Mencacatkan keindahan pantai.
Itulah lumrah.
Kesan dari dipukul ombak.
Begitu juga manusia.
Cabaran dan dugaan yang kita alami.
Meninggalkan kesan tersendiri.

Bagaimana utk mengembalikan keadaaan asal.
Yang bersih dan cantik.
Bangunlah.
Bangun dan melangkah.
Menuju kearah sampah itu.
Tiada siapa akan peduli. Mereka tiada masa.
Kerna mereka juga mengalami situasi sama.

Tapi jangan hanyut terkesan oleh keadaan.
Beri ruang untuk insan lain mengenali diri.
Mungkin bukan sekarang. 
Tapi mungkin akan datang.
Jangan ditutup pintu jiwa. Jangan menzalami diri sendiri.

Bersihkanlah secara perlahan.
Ikhlaskan diri. Kuatkan hati.
Kerana.
Setiap keringat yang terhasil dari usaha itu.
Akan mengajar kita agar menjadi lebih kuat.
Untuk terus berusaha. Tanpa jemu.

Sesungguhnya rahmat hujan ini.
Merahmati diri dan hariku.
Memberi nafas baru kepada flora bumi ini.

Hidupan dan pokok terlihat seolah menari keriangan.
Meliuk-liuk menyatakan syukur kepada Dia.
Rumput yang semakin kemerahan tersenyum lebar.
Kerana terbitnya harapan.
Harapan untuk mereka kembali hijau.
Harapan untuk pucuk memberanikan diri muncul menjelma.
Setelah sekian lama.

Air berkumpul sedikit demi sedikit.
Dan menjadi simpanan awan di langit.
Lama kelamaan akan menjadi hujan.
Hujan yang menyorok di balik awan.
Dan jatuh ke bumi memberi nafas baru.

Kepada burung-burung itu.
Kepada tumbuhan-tumbuhan itu.
Dan kepada aku.

Membuatkan aku lebih mengerti.
Tentang kehidupan di sekelilingku.
Membuatkan aku lebih menghargai.
Setiap detik yang dipinjamkan.
Membuatkan aku lebih menghayati.
Indahnya tika hujan tiba.
Dan betapa kosongnya tanah.
Saat ia tiada.

Maksud tersirat dalam ayat tersurat.
Hanya sesiapa yang "melihat" akan merasai dan memahami.

Note for my own. Apple Kuchikuchi.
16th March 2014. 2.17pm.

No comments:

Post a Comment