Friday, October 31, 2014

Rezeki.

Kan setiap orang berbeda rezekinya.
Juga berbeda rezekinya apa.

Kepelbagaian rezeki itu merangkumi semua.

Rezeki harta.
Rezeki kesihatan.
Rezeki kasih sayang.
Rezeki jodoh.
Rezeki kebahagiaan.
Rezeki umur panjang.
Rezeki masa.
Rezeki keluarga.
Rezeki anak isteri.
Rezeki diri.
Dan banyak lagi.

Kena usaha kuat untuk capai rezeki itu.

Usaha.
Kemudian doa.

Tapi kalau kau dah usaha sebaik mungkin.
Dah doa siang malam.
Tapi rezeki duit kau setakat ape yg kau dapat.
Maka itulah rezeki kau.

Tanpa kau sedar.
Rupanya Allah kirimkan rezeki untuk kau.
Dengan rezeki yang berbeza.

Kau masih bernyawa.
Kaki masih bisa berjalan berlari gagah.
Masih tersenyum.
Hati kau tenang dan lapang.
Jiwa kau tenteram dan tak gusar.

Banyak rezeki yang Allah bagi.
Setiap hari.
Cukup melimpah ruah untuk umatNya.

Cuma mungkin setiap hari tu.
Kau peroleh rezeki yg berbeza dari hari kelmarin.

Esok rezeki duit kau lebih.
Luse rezeki kasih sayang kau bertambah.
Tulat kau bertemu rezeki jodoh.

Bukankah kita hanya merancang?
Tetapi Allah adalah sebaik-baik Perancang?

Fasabrul Jamil. Sabar itu indah.
DIA lebih mengetahui apa yang lebih baik dari yang terbaik. Untuk setiap hambaNya.

Teruskan hidup macam biase.
Doa dan redha.
Bersyukur dan bertawakal.
Jangan sesat jauh.
Kalau lalai cepat lah sedar dan lurus kembali.

Doa moga dikuatkan iman.
Agar tidak terpedaya dengan godaan syaitan.
Dan nikmat dunia yg sementara.
Moga aku juga kuat.
Ini nasihat untuk diri aku sendiri.

Allahualam.

Coretan 31st Oct 2014, 07:08pm

No comments:

Post a Comment